Masa Itu Ringgit..Jangan bazer masa baca lama-lama..buat la keja berpekdah sket.. - Ms. J

Isu Alergik


Sensitif…itu yang sedang merasok-rasok perasaan aku sekarang…tambah-tambah bila dah ramai member-member yang dah mula masuk ke alam yang satu itu…maaf ya, bukan alam barzakh, tapi alam perkahwinan…dan tambah-tambah bila ramai makcik-makcik golongan emas kat kampung aku kepoh bertanya itu ini begitu begini…"bila nak kawen..bila nak kawen?"…sounds caring dan aku appreciate question2 beban pala hotak tu...dan jawapan paling mujarab untuk soalan-soalan macam ni, jawab ja..."bila nak mati…bila nak mati?"…hehe..gila kejam..!

Aku bukan lesbian...
Bukan jugak anti-lelaki...
Aku perempuan biasa…

buat bakal suamiku :

"Encik XXX...
Saya hanyalah perempuan biasa, punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan awak untuk mendampingi saya bagi menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya.

Harta saya biasa-biasa saja tetapi saya akan berusaha untuk mencukupi keperluan diri saya, anak-anak saya dan membantu suami saya….rupa saya juga tidak secantik mana, cukup sekadar sempurna mulut, hidung dan mata...keluarga saya juga bukan dari golongan yang berada...Ibadah dan amalan saya juga sama seperti umat dan hamba biasa…kerana saya hanya manusia biasa...

Cinta saya juga biasa-biasa saja.Oleh kerana itu, saya menginginkan awak supaya membantu saya memupuk dan menjadikan cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi isteri dan ibu yang baik. Dan mengharapkan ruang hati sepanjang hidup awak hanya memilih saya sebagai satu-satunya isteri awak…tiada dua, tiga atau empat…kerana saya manusia biasa…keras dan lembut hati saya biasa-biasa sahaja…pastinya saya berharap awak tidak akan pernah meragui cinta saya kerana saya hanya menginginkan hanya seorang lelaki untuk memiliki hati dan cinta saya….juga tiada dua, tiga atau empat…"


----> makin buang tebiat…haha!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...