Masa Itu Ringgit..Jangan bazer masa baca lama-lama..buat la keja berpekdah sket.. - Ms. J

Emosi Tak Bertepi

Emosi adalah reaksi perasaan terhadap seseorang atau kejadian...boleh nampak waktu kita syok tergedik-gedik mengenai sesuatu, marah bermaki-maki jadahan kat seseorang, ataupun takut terkecut-kecut terhadap sesuatu macam hantu.

Asal emosi lahirnya daripada hati. Maka berhati-hatilah kita menggunakan hati dengan seada gunanya...dan kalo boleh tidak memudaratkan kehidupan orang lain.

Perkataan "emosi" dikatakan berasal dari bahasa Perancis...iaitu émotion atau émouvoir beerti 'kegembiraan'...

Contohnya, bila seseorang bersikap kasar tanpa sebab yang konkrit, mungkin ada yang akan merasa marah terhadapnya...kemarahan tersebut mungkin datang dan pergi...cepat atau lambat bergantung pada tuan punya badan untuk mengawal emosi...ada yang berhari2 berbulan2 bertahun2....kira makan dalam la tu...

*****
Pernah jugak sekali tue...masa aku sekolah rendah...

berlakunya perang saudara antara Juma Tong dan Kambing Hitam...kesnya Juma Tong menolak mentah2 arahan Kambing Hitam untuk bancuh kopi O buat breakfast pagi...arahan berunsur riak, kuli batak pon bleh angin satu badan.

mula2 depa berdebat...
kemudian lama2 macam jadi bersilat....

aku? sebagai adek yang berprinsipkan demokrasi terpimpin maseh maintain di meja...menelan pulut dan ikan kering sambil dikiri kanan berlakunya perang Serbia dan Kroasia...

Juma Tong punya emosi lagi hebat...dia ada keupayaan semulajadi untuk menjerit dan melontar....jadinya, waktu breakfast aku pagi tu dah macam medan perang Bosnia Herzegovinia.

naseb aku agak baik pagi tu sebabnya Juma Tong punya emosi hanya berjaya melontar sebekas sudu dan garpu saja...tu belum masuk pinggan mangkuk dan tupperware Mem Besar...

aku ni jenisnya malas nak masuk campur hal orang2 emosi tinggi ni...

jadinya supaya aku tak la nampak sangat jadi tak berguna dalam keadaan tu, aku kutip garpu2 dan sudu2 yang dah berselerak kat lantai...satu demi satu...

yang hotnya...

bila Juma Tong marah jerit2 satu ayat, dia baling satu sudu, aku pon dapat kutip satu sudu...dia baling garpu, aku kutip garpu...makanya berterbangan bagai burung besi lah sudu dan garpu di segenap dapur rumah...keadaan ni berlarutan sampailah Kambing Hitam angkat kaki blah dari rumah pagi tuh...

bahaya betoi emosi dua orang ni...

...................................................

P/S : Kambing Hitam memang baran...dia penah bakar Sijil Diploma dia sebab putus cinta ja...ceh, jiwang karat, tak rock lah lu...pasal ni nanti aku cerita lagi sebab emosi aku time ni tengah kalut nak pi kedai beli megi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...