adalah bukan fenomena mustahil untuk menjadikan Big Boss sebagai suspek utama mengajar cucu berusia 10 purnama itu meneguk kopi'O miliknya…Otai lah Big Boss.
Jadinya jam 1 pagi pun bayi berkilo-kilo itu masih bergolek merangkak segenap rumah dengan aktiviti marabahayanya...daripada memasukkan jari tangan ke dalam jaring 'kipas berdiri' sehinggalah ke aktiviti cubaan menjamah abu lingkaran ubat nyamuk…
begitulah marabahayanya aktiviti bayi tersebut…kalau ada yang berani, cubalah ikut...betul-betul bahaya...
Oleh itu, si ibu muda prihatin ini pun cuba menidurkan bayi beliau dengan pelbagai teknik.
Di angkat anaknya itu dari bawah kerusi ke atas toto dan disusui bayi itu….langkah mengenyangkan yang dikatakan mampu melelapkan mata…
GAGAL.
Mata Michelin masih hitam membulat...kata orang, kenyang perut suka hati….jadi suka hatilah si Michellin untuk meneruskan aktiviti malamnya…
Kemudian dipeluk anaknya itu erat-erat sambil menepuk lampin di punggung dengan iringan lagu dodoi yang aku sendiri pon tak pernah dengar…KAKI GORENG la hang Juma Tong…
JUGA GAGAL.
Mungkin kerana lagu mamanya sangat memeritkan halwa telinga si pendengar...
PENAT.
Akhirnya, dia berpesan kepada bayinya yang masih belum mampu menggunakan separuh akal fikiran untuk berfikir itu…
Juma Tong : "adik, come to mama…"
TEGAS.
Juma Tong : "tidoq…tidoq…esok nak pi sekolah…"
Aku :" ………..…..????????"
Mem Besar : "………….…." ****sengih mengekek tanpa gigi palsu
...........................................
P/S : tak payah cakap dalam hati sorang2..aku tau ayat entri aku malam ni skema...kahkahkah...amacam? agak2 thesis aku boleh dapat A bintang kot...
No comments:
Post a Comment