Masa Itu Ringgit..Jangan bazer masa baca lama-lama..buat la keja berpekdah sket.. - Ms. J

Durian Itu Berduri

Dua hari lepas, menu breakfast aku ialah durian...terima kaseh yang paling terkaseh kepada Abang Joe sebab sponsor menu breakfast aku dua hari ni...makan durian pagi-pagi baru la hot kan...? lastly, aktiviti menjejaskan kesihatan ni berakhir malam tadi...berjaya jugak aku dan Ayu men'digest'kan seplastik raja buah tersebut...syabas, untuk Ayu dan diri sendiri...heheh...

Keet? Maaf la...dia tak minat dengan durian2 ni ok...bukanlah sesuatu yang pelik jika sesetengah orang tak suka pada buah yang satu ni sebab baunya dan rasanya...yerkkkk...!

nak dia ceritakan, ada la satu cerita...

Di sebuah kg di pendalaman...

Tinggal seorang lelaki kena penyakit kudis buta...dia hanya tinggal seorang diri sebabnya malu badannya berkudis dan bernanah berbau busuk...oleh kerana dia segan hendak bernyawa maka si lelaki ini bermati...dengan kata lain, meninggal dunia...walau apa pun penyakit lelaki ini, org kampung tetap menguruskan jenazah beliau....sebulan lepas tu, diatas kubur lelaki ini tadi tumbuh sebatang pokok yang tak di ketahui jenisnya...pokok itu membesar dan terus membesar dlm masa sepuluh tahun pokok tersebut pun berbuah...buahnya berduri...apabila masak mcm biasa la buah tu jatuh ketanah...keesokan harinya buah itu dijumpai oleh penjaga kubur...

"alamak...buah apakah ni? ada duri...ada bau plak tu.."...penjaga kubur cuba mengopek buah yg tidak diketahui namanya itu...."eh, ada bau la...bau sedap...isi pun sedap..."

dipendekkan cerita buah ini dinamakan buah kudian sempena penyakit lelaki tadi...sebab itu buah ni ada isi kuning isi perang isi putih sebab nanah kudis lelaki...oleh kerana takut orang tak lalu makan, ianya telah di tukar ke nama durian hingga kini dan selama lamanya...


--->eeeii...sila muntah sekarang...
***cerita ni aku terbaca kat blog sapa ntah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...