Masa Itu Ringgit..Jangan bazer masa baca lama-lama..buat la keja berpekdah sket.. - Ms. J

Merentasi Tarikh 10.10.10

Sekilo TAHNIAH buat Syeikh Muzaffar angkasawan pertama yang diijabkabul dengan pasangannya Dr. Harlina pada tarikh tersebut...kiranya dalam tv3 tu, satu hari dok sibok cerita depa saja lah...

10.10.10
Mungkin tarikh bermakna buat sesetengah orang dan mungkin tidak buat yang lainnya...

Aku pulak, tarikh berlakunya aksi terbungkang menyengal di umah sakit-sakit badan akibat bertindak menjadi separa GABAN mendaki Bukit Tabur area Taman Melawati bersama member segaban sehari sebelum tu...



mau lasak hanget jugak...atas nama semangat 'MALAYSIA BOLEH' jadi aku menokok nambah lagi koleksi pengalaman hidup untuk dikongsi bersama anak cucu...takut2 esok2 anak cucu tanya...

"tok(nama panggilan nenek sebelah utara)...parut yang macam stiker adidas kat kaki tu apa pasai?"

jadi tak lah malu aku nak cerita asal usul mana datangnya parut tu, padahal parut jatuh beskal..malu ar nak cerita, apa cer...beskal pon bleh jatuh, lembab ar tok ni...

Oleh kerana umah sewa aku ni BELUM ada bajet astro, jadinya aku tak dak lah nak banyak bunyi sangat bab2 intisari rancangan...mana cerita yang agak2 hadam hati dan perasaan time tu, aku nganga ja depan tibi tu sampai pengacara dia akan cakap...

"kita jumpa lagi minggu depan, di waktu dan hari yang sama...jumpa lagi.."
macam tu la lebih kurang...

Jadinya malam tu, sebab inti-inti tibi lain tak la bersari sangat, memang cerita kawen si angkasawan dengan isteri barunya lagilah kami nganga satu umah...

Keet punya pe'el memang best kalo nganga tibi dengan dia...kalo ada syarikat surat khabar jual gosip tahap paparazzi ada offer keja wartawan hiburan, aku rasa aku nak potong tunjuk kat dia la...kot-kot dia berminat...perempuan tengah datang bulan memang attractive sikit...komen dia malam tu agak menyengat...

dan2 pengantin tu nak potong kek yang ala-ala kapal angkasa, dan2 jugak Keet bukak mulut...

"kek apa pelik-pelik sangat..? potong kek macam toreh getah pon..." AYAT SEPARA DENGKI

mau menyembur segala isi mulut jugak time tu menahan gelak...agak-agak la weh, orang tengah heaven ni...kahkahkah


-----------------------------------------------------
P/S: kalo nak tengok macam mana dia potong kek, try la search sendiri gambar dia...aku dah search tadi, mau hentak-hentak kaki aku cari...tak jumpa jugak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...