Masa Itu Ringgit..Jangan bazer masa baca lama-lama..buat la keja berpekdah sket.. - Ms. J

Keinsafan Ramadhan; Kisah Buah Melaka

BUAH MELAKA...bukanlah sejenis buah kenegerian, tapi sejenis kueh yang dikatakan agak popular time-time bukak posa...

Mungkin ramai yang dah expert tentang kaedah-kaedah membuatnya...aku? juga expert tentang kaedah-kaedah membuatnya mudah ditelan masuk ke usus...dalam kata lain pen'digest'an...

Pernah dulu...

Satu ketika dulu...ketika zaman-zaman kepala hotak aku belum sempurna mengaplikasikan akal fikiran pemberian Tuhan...aku jugak pernah menceburi bidang pembuatan buah melaka...

Petang ramadhan tu...

Aku dan Juma (My Elder Sister) dengan arahan yang sepenuhnya dikuatkuasa oleh Mem Besar, telah dititahkan untuk menggentel buah melaka untuk tujuan hidangan berbuka petang tu...sebagai anak kecik yang sangat beretika dan penuh integriti lagi solehah jadi aku dan Juma pon melaksanakan misi gentelan tersebut...

sebijik demi sebijik digentel...
sehinggalah setalam demi setalam...
kemudian rasa bosan meningkat setingkat demi setingkat...

disinilah mulanya penggunaan akal separa setan berlaku...

senyap-senyap aku amik bawang kat atas meja yang dah siap dipotong dadu tuk dijadikan inti Buah Melaka...dengan megah masa tu aku merasakan inilah satu teknik inovasi yang sukar dijumpai dimana-mana..syabas Jalwa...ngehngeh

mula-mula sebijik...aku tunjuk kat Juma...

Juma pon mula sengeh separa setan...dia pulak buat sebijik...teknik ini berlanjutan sehingga ke beberapa bijik yang akhirnya dapat menamatkan misi gentelan buah melaka tersebut...memasaknya....bukan lagi di bawah deskripsi tugas kami...setel!

tiba time berbukak petang tu semua hidangan tersedia enak di depan mata termasuklah buah melaka gentelan kami tadi...riak berbuih didalam sistem hati...heheh

tengah sedap-sedap berbuka, tetiba...

Yon : Eeeeiii...apa ni...
suma yang tengah melantak besar memandang...
Mem Besar: apa?
Yon : ada bawang dalam buah melaka...loqlaq..!
Juma tengok aku...aku tengok Juma...kemudian kami gelak berdekah-dekah...
Aku : hehe...cik yang buat tadi...
pengakuan berani mati disitu...well done Jalwa...sendiri buat taik, sendiri flush...

Mem Besar jugak berkongsi emosi disitu dengan satu pertanyaan...
Mem besar :Yon, buah melaka yang kat atas meja tadi dah hantar ke umah Long Bedah ka..? ***Long Bedah ni jiran belakang umah aku yang dah lama meninggal...

Aku tak pasti berapa belas bijik buah melaka yang kami hasilkan secara kreatif tu termasuk dalam pinggan yang nak dihantar kepada Long Bedah...dan berapa portion buah melaka yang dihidang time berbukak posa masa tu...tapi, apa yang aku pasti ialah dia maseh hidup pada Ramadhan tahun tersebut sekaligus membuktikan bahawa penggunaan bawang tidak memberi efek buruk kepada buah melaka dan aku x pernah mintak maaf pon kat Long Bedah kes buah melaka tu sampai la dia meninggal beberapa tahun lepas...mintak mahap...

insap..! insap..!

-----> Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak...semoga puasa tahun ni diberkati Allah S.W.T....Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...